fbpx
Tangkap layar aktiviti zumba yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Dewan Bukit Badong larang semua aktiviti zumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Penganjuran sebarang aktiviti zumba di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong di sini, tidak lagi dibenarkan dan dilarang secara serta-merta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Badong, Muhammad Nasir Ahmad, tindakan tegas itu susulan isu peserta memakai seragam sekolah tanpa memakai kain yang tular di media sosial.

Jelasnya, program zumba khusus bagi wanita yang dianjurkan sejak 2018 itu berlaku antara pukul 9 hingga 10 pagi dengan kadar sewaan RM10 sejam.

“Program itu sebelum ini dijalankan secara tertutup bagi menjaga kesopanan dan kehormatan pesertanya. Namun, kini ia tular dan kami putuskan larangan penggunaan dewan itu bagi sebarang aktiviti zumba,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyifatkan aktiviti senamrobik itu sangat tidak beradab dan boleh  menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Salah seorang wanita yang berada dalam video itu kemudian tampil membuat permohonan maaf selepas tindakan mereka itu mencetuskan kemarahan umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI