fbpx
Makanan haiwan yang dirampas AKPS KLIA di Zon Perdagangan Bebas Kargo KLIA, semalam. FOTO IHSAN AKPS

Cubaan seludup makanan haiwan terbongkar di KLIA Kargo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Cubaan membawa masuk makanan haiwan tanpa kebenaran sah terbongkar apabila Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas satu konsainan bernilai lebih RM1,000 di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Kargo KLIA, semalam.

AKPS berkata, pemeriksaan dilakukan oleh pegawai AKPS yang mengesan sebuah konsainan mencurigakan kira-kira pukul 1.07 petang.

Katanya, hasil semakan mendapati konsainan berkenaan mengandungi makanan haiwan seberat enam kilogram.

“Hasil semakan mendapati
konsainan berkenaan mengandungi komoditi keluaran pertanian iaitu makanan haiwan yang diimport tanpa Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang sah, sekali gus melanggar
peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Konsainan tersebut didapati diimport dari Portugal oleh sebuah syarikat berdaftar milik warganegara tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas AKPS, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,070.36 dan kesemua barangan telah disita untuk tindakan lanjut.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport keluaran pertanian tanpa kebenaran Maqis.

“AKPS KLIA menegaskan bahawa sebarang pengimportan barangan tanpa permit sah akan ditangani dengan tindakan penguatkuasaan tegas.

“Semua pengimport diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan biosekuriti negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI