fbpx
Seekor beruang matahari yang ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun, berhampiran Kampung Paya Kemudi, Dungun semalam.

Beruang matahari mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan seberat 90 kilogram dijumpai mati dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun, berhampiran Kampung Paya Kemudi, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati haiwan itu mengalami kecederaan pada kepala.

“Kita percaya haiwan ini dilanggar kenderaan sewaktu melintas jalan. Kecederaan yang dialaminya terutama pada kepala agak parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Kean Seong berkata, bangkai haiwan itu diambil anggota Perhilitan untuk tindalan lanjut. Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran habitat hidupan liar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN