fbpx
Mohammad Syamim ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas pengurus syarikat didenda RM15,000 guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus syarikat perunding kewangan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi permohonan pembiayaan peribadi untuk tiga individu berjumlah RM304,000 empat tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Syamim Mohd. Yusof, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu tertuduh boleh tertuduh membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Suzana menasihatkan tertuduh agar insaf dan berharap hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh dapat memberi pengajaran kepadanya.

“Kamu masih lagi muda dan ada anak seorang. Kamu fikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perbuatan pada masa akan datang,” kata hakim itu.

Mengikut tiga pertuduhan pertama hingga ketiga Mohammad Syamim didakwa telah dengan curang menggunakan tiga bil elektrik palsu atas nama tiga individu bagi tujuan permohonan pembiayaan peribadi berjumlah RM164,000, RM85,000 dan RM55,000 milik tiga individu lain.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank masing-masing di Jalan Kuching di sini masing-masing pada 19, 20 Oktober dan 20 Disember 2022.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau keduanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi mencerminkan keseriusan kesalahan serta sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu lagi pada masa akan datang.

Sementara Mohammad Syamim yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman denda sahaja atas alasan perlu menanggung anak berumur dua tahun serta ibu bapa yang uzur

“Saya juga tidak mempunyai pendapatan sejak tidak bekerja pada 2024,” kata tertuduh.

Mengikut fakta kes, syarikat tertuduh yang ditubuhkan pada 23 April 2021 menawarkan perkhidmatan penyelesaian masalah kewangan kepada pelanggan yang memerlukan pinjaman bank namun mempunyai masalah seperti disenarai hitam, rekod perbayaran tertunggak serta pelbagai faktor lain yang memungkinkan permohonan pinjaman ditolak.

Tiga individu terbabit yang mahu membuat permohonan pembiayaan telah mengisi borang pinjaman, membuka akaun bank serta menggunakan bil elektrik yang bukan miliknya serta menandatangani perjanjian pinjaman dan dimaklumkan syarikat tertuduh mengenakan caj perkhidmatan 25 peratus daripada pinjaman tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI