fbpx
Erma tidak kisah apabila terdapat segelintir pihak yang melabelnya sebagai pengarah kontroversi susulan beberapa drama arahannya menjadi perdebatan ramai.

‘Tak boleh tutup mulut orang, mereka nak label, silakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penerbit Erma Fatima tidak kisah apabila terdapat segelintir pihak yang melabelnya sebagai pengarah kontroversi susulan beberapa drama arahannya menjadi perdebatan ramai.

Menurut Erma, sebagai pengarah, dia hanya menjalankan tanggungjawab menghasilkan sesebuah karya dan dilabel dengan pelbagai gelaran adalah hak setiap individu.

“Saya tak boleh tutup mulut orang dan sekat kreativiti mereka melabel saya. Mereka nak label, silakan dan tak ada masalah.

“Selagi saya tahu apa yang saya buat dan yakin dengan niat sebab apa sesebuah karya itu dihasilkan,” katanya.

Tambah Erma, perkara paling penting yang ditekankan ialah mesej dalam sesebuah naskhah yang mahu disampaikan kepada penonton.

“Sama ada dia menjadi kontroversi atau tidak, itu adalah nombor tiga, 14, dan sebagainya.

“Paling penting adalah mesej yang saya nak berikan.

“Itu lebih penting daripada label yang mereka nak bagi pada saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga merancang untuk menghasilkan sebuah naskhah yang mengetengahkan isu mengenai kesengsaraan bumi Palestin seperti filem dokumentari The Voice of Hind Rajab.

“Sebelum saya tengok filem The Voice of Hind Rajab, memang sudah ada perancangan untuk membuat sesuatu yang berkaitan dengan Palestin.

“Jadi, harap ada rezeki untuk saya jadikan dan realisasikan perancangan itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Erma sering menjadi mangsa kecaman apabila beberapa dramanya seperti Bidaah, Keluarga Itu dan Lelaki Itu dikatakan mengetengahkan isu sensitif seperti sumbang mahram, ajaran sesat dan poligami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI