fbpx
Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan selepas subuh.

Suami imamkan solat jenazah buat Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, suami kepada pelakon Nadia Kesuma memaklumkan jenazah isterinya akan dikebumikan selepas solat subuh waktu tempatan, hari ini.

Menerusi perkongsiannya di hantaran Facebook, jenazah sudah dimandikan oleh anaknya dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri olehnya.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak, Sarah dan kawan arwah. Dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas subuh, sekarang 1.33 pagi, waktu Jeddah. Subuh jam 5.44 pagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pelakon Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham Nadia sebelum ini dilapor gagal dikesan selepas penerbangannya ke London, United Kingdom (UK) dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan Nadia yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Sebelum ini, Muhammad Kamarul dilapor merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.

Allahyarham Nadia menyertai kumpulan umrah dan ziarah sebuah agensi pelancongan membabitkan 21 peserta sejak 14 Januari selama dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN