fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan permohonan maaf wanita senamrobik tanpa kain.

‘Saya minta maaf kes pakai tudung tidak berkain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita yang tular berpakaian mencolok mata ketika melakukan senamrobik di Bukit Badong, Selangor, semalam, membuat permohonan maaf selepas mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut membuat permohonan maaf atas tindakan spontan melakukan siaran langsung ketika itu tanpa pengetahuan pihak penganjur.

“Saya nak minta maaf atas kes pakai tudung tapi tak berkain. Saya minta maaf daripada Dewan Bukit Badong untuk acara zumba itu.

“Pihak penganjur memang tidak tahu mengenai siaran langsung itu kerana saya buat secara spontan. Mungkin atas kesilapan saya sendiri,” katanya.

Video berdurasi 41 saat itu memaparkan wanita tersebut sempat bergelak ketawa ketika permohonan maaf dilakukan.

Bagaimanapun, ramai mendakwa permohonan maaf itu seolah-olah tidak mengambil serius atas tindakan wanita berkenaan yang telah mempersendakan ajaran agama Islam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua orang wanita dilihat berpakaian baju kurung sekolah bersama seluar ketat manakala seorang lagi wanita berpakaian sama dipercayai memakai seluar pendek sahaja.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata pengguna mempersoalkan permohonan wanita itu.

“Tindakan spontan? Minta maaf pada ibu bapa sebab mereka malu. Bukan pada kami. Kita ada pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya perlu diambil,” komen @MyPupu.

“Minta maaf tapi macam tiada rasa bersalah langsung. Macam dah biasa buat. Buat salah, minta maaf tapi tiada kesedaran dan keinsafan langsung,” komen @Saikyo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI