UNIVERSITI bukan sahaja medan untuk menuntut ilmu, bahkan membentuk keperibadian diri menerusi program-program kemasyarakatan. Baru-baru ini, seramai 160 peserta melibatkan 100 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan 60 penduduk Kampung Padang Maras, Batu Rakit, Terengganu menyertai program Santai Sekampung yang berlangsung di Kopi Sawah, Kampung Padang Maras. Program berkenaan dianjurkan oleh pelajar Kursus Asas Keusahawanan dan Asas Budi Penyayang UniSZA dengan kerjasama Terengganu Incorporated sekali gus menjadi platform mengeratkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat. Menariknya, program……














