fbpx
Poster perkongsian MyCreative Ventures di Facebook.

Ramai baru tahu nama Bront Palarae sebenar…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan MyCreative Ventures, aktor terkenal, Bront Palarae mencuri perhatian ramai bukan kerana peranan baharu itu tetapi berikutan nama sebenarnya.

Menerusi hantaran MyCreative Ventures di Facebook, pihak pengurusan mengumumkan pelantikan Nasrul Suhaimin Somuek@Saifuddin atau Bront Palarae ke jawatan tersebut, sekali gus menyebabkan ramai teruja mengetahui nama sebenar pelakon tersebut.

“Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nasrul Suhaimin @ Bront Palarae atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi Kumpulan MyCreative Ventures,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Katanya, pengalaman Blont Palarae dalam industri kreatif merangkumi bidang lakonan dan penerbitan antara faktor pelantikannya ke jawatan tersebut.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya mengucapkan tahniah selain mengakui baru mengetahui nama sebenar pelakon berkenaan.

“Mati-mati ingat nama Bront Palarae itu nama sebenar tetapi nama komersial rupanya,” komen Amanee Ahmad.

“Tengok nama betul terus lupa nama pentas dia sekejap,” kata Siti Aisyah Azman.

“Nasrul Suhaimin rupanya nama sebenar dia. Menarik, semoga berjaya,” komen Nazreen Asan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI