fbpx
Gambar hiasan

Penagih tampil secara sukarela tidak ditangkap – AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Individu yang bergelut dengan ketagihan dadah dan tampil mendapatkan rawatan secara sukarela tidak akan ditangkap.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memaklumkan, pihaknya menyediakan ruang selamat kepada penagih yang benar-benar berhasrat untuk berhenti dan menjalani proses pemulihan tanpa rasa takut atau stigma masyarakat.

Menurut agensi itu, kebimbangan untuk ditangkap sering menjadi penghalang utama kepada penagih daripada mendapatkan bantuan, sedangkan rawatan dan pemulihan secara sukarela merupakan antara pendekatan utama AADK.

“Kadang-kadang orang nak berhenti, tapi terhenti sebab satu benda (perkara), ‘Takut’. Takut kena tangkap, takut kena ‘judge’, takut orang tahu.

“Sebenarnya, kalau ada niat nak pulih, masih ada ruang selamat untuk dapat bantuan. Tak perlu malu, tak perlu sorok. Pertolongan wujud dan pintu masih terbuka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jelas AADK, individu yang mempunyai niat untuk pulih boleh hadir sendiri ke pejabat AADK atau Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik berdekatan dan memohon rawatan secara sukarela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI