fbpx
Mohd. Fauzi (lima dari kanan) bergambar bersama pasukan biru yang muncul juara Kejohanan Chairman Cup 2026 di Kelab Golf Seri Selangor semalam.

Misi mencari pelapis golf negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Misi pencarian pemain golf junior berbakat jelas terpamer daripada peserta yang menyertai Kejohanan Chairman Cup 2026 di Kelab Golf Seri Selangor selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Seramai 36 pemain muda dibahagikan kepada dua pasukan, merah dan biru berentap mengikut format Ryder Cup yang kompetitif dan berimpak tinggi.

Kejohanan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif National Junior Development Programme (NJDP) MGA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Pengerusi NJDP MGA, Mohd. Fauzi Mesran berkata, ia bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemain-pemain junior untuk bersaing dalam suasana kejohanan berpasukan yang mencabar dari segi teknikal dan mental.

“Ia memberi peluang bermakna kepada pemain-pemain junior dari Akademi PKNS untuk beraksi bersama pemain NJDP yang lebih senior, sekali gus mewujudkan proses pembelajaran secara langsung di atas padang.

“Format match play yang digunakan menuntut pemain membuat keputusan strategik di bawah tekanan, di samping memupuk disiplin, keyakinan diri dan semangat berpasukan,” katanya.

Menurut Mohd. Fauzi,  peserta perentap mengikut format Fourball, Foursome dan individu.

Dalam kejohanan itu, pasukan biru muncul juara dengan 20.5 mata 20.5 menewaskan merah yang mengumpul 15.5 mata.

Penganjuran Chairman Cup 2026 membuktikan komitmen berterusan NJDP dan rakan strategik seperti Akademi PKNS dalam membina asas kukuh pembangunan golf junior negara. 

Kejohanan seumpama ini bukan sekadar platform pertandingan, malah menjadi medan pembentukan karakter, ketahanan mental dan kepimpinan pemain muda sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat lebih tinggi, sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI