fbpx
SEORANG anggota polis cedera selepas diserang lelaki kurang siuman dalam kejadian di Balai Polis Mutiara Rini, Johor Bahru, kelmarin.

Lelaki mengamuk baling rim motosikal, tumbuk anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki bertindak ganas dan berkelakuan tidak senonoh dengan menyerang anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Mutiara Rini di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, suspek berusia 22 tahun dilaporkan datang ke kaunter aduan balai polis berkenaan sebelum bertindak membaling rim motosikal ke arah anggota.

Suspek juga dipercayai menumbuk muka seorang anggota polis sehingga mencetuskan pergelutan sebelum diberkas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisionser M. Kumarasan berkata, anggota yang diserang mengalami kecederaan lebam di bahagian mata kanan dan bahu serta bengkak di kaki kiri.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun kelihatan seperti berada dalam keadaan kurang siuman ketika kejadian berlaku.

“Suspek telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, polis turut merampas barangan milik suspek termasuk sebuah beg silang mengandungi sebilah pisau serta rim motosikal.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI