fbpx
Gambar hiasan.

KPM junjung kasih titah Agong, fokus martabat pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung hala tuju pendidikan negara.

Titah Seri Paduka Baginda yang disampaikan sempena pembukaan Penggal Kelima, Parlimen ke-15 itu disifatkan sebagai peringatan penting kepada seluruh warga KPM agar terus memperkasakan ekosistem pendidikan negara sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, sebarang usul mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti selari dengan dasar pendidikan negara serta menerima keperluan Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.

Dalam masa sama, KPM kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 serta Kurikulum Baharu Prasekolah.

“RPM 2026-2035 adalah kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah tamat pada tahun lalu.

“Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara demi anak-anak Malaysia,” katanya

Seiring titah Seri Paduka Baginda, RPM 2026-2035 turut menekankan usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid.

KPM menegaskan komitmen untuk melaksanakan sepenuhnya titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi penambahbaikan sistem pendidikan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN