fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kakitangan kecemasan bekerja di lokasi nahas kereta api di Adamuz, selatan Sepanyol semalam. - AFP

Kereta api berlanggar di Sepanyol, 21 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam nahas melibatkan dua kereta api berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol, ketika pihak berkuasa memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat dengan pantas, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian berlaku berhampiran Adamuz dekat bandar Cordoba, apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang dalam perjalanan dari Malaga ke Madrid tergelincir ke landasan bersebelahan, demikian menurut pengendali rangkaian kereta api, Adif.

Kereta api kedua yang dalam perjalanan dari arah bertentangan, Madrid ke Huelva, turut tergelincir.

Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente berkata, lebih 30 orang dirawat di hospital kerana kecederaan serius.

Beliau menambah, kejadian itu kelihatan ‘sangat pelik’, manakala punca rasminya masih belum diketahui. Siasatan dijangka tidak dapat menentukan apa yang berlaku sekurang-kurangnya selama sebulan.

Perkhidmatan Kecemasan Andalusia berkata, secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 73 orang cedera dalam perlanggaran itu.

Ketua Bomba Cordoba, Francisco Carmona, memberitahu penyiar awam Sepanyol, RTVE: “Kami terpaksa mengeluarkan mayat untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup. Ia adalah kerja yang sukar dan rumit.”

Menurut Adif, nahas itu berlaku kira-kira 10 minit selepas kereta api meninggalkan Malaga pada pukul 6.40 petang (waktu tempatan). 

Seorang wartawan RTVE yang berada di dalam salah sebuah kereta api, Salvador Jimenez berkata, impak perlanggaran terasa seperti gempa bumi.

“Saya berada di dalam gerabak pertama. Ada suatu ketika di mana ia terasa seperti gempa bumi dan kereta api itu sememangnya tergelincir dari landasan,” kata Jimenez. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI