fbpx

Iskandar Ismail juara GV12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi asal Singapura, Ismail Iskandar dijulang sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) dalam konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebagai juara, Iskandar membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula disandang peserta dari Indonesia iaitu kumpulan Mendua dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik peserta paling sensasi, Nubhan yang membawa pulang RM30,000 beserta trofi. Manakala tempat keempat dan kelima diraih Mark Adam dan Mell Sakura dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM15,000 beserta trofi.

Peserta Indonesia, Ruri Republik pula terpaksa berpuas hati di tempat keenam dan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Sewaktu pusingan solo, Iskandar yang membuat persembahan menerusi lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain mendapat pujian juri tetap, Datuk Ramli MS.

“Nyanyian dia terlalu tinggi. Waktu raptai tak macam ni. Well done. Konsep persembahan sangat bagus. Muzik dan nyanyian. Saya bagi kamu air sebab takut kamu pengsan,” katanya.

Hetty Koes Endang pula menyifatkan Iskandar sebagai penyanyi yang cerdik dan memintanya untuk segera menghasilkan album atau lagu baharu.

Selain persembahan solo, Iskandar turut menyerlah sewaktu pusingan duet bersama Jaclyn Victor menyampaikan lagu Senja Nan Merah.

Gandingan Iskandar, Nubhan dan Mell Sakura sewaktu pusingan ‘battle’ menyampaikan lagu Cerita Kedai Kopi dan Pink Venom turut menghiburkan.

Sewaktu memberi ucapan usai ditabalkan sebagai juara , Iskandar meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada barisan juri profesional yang memilihnya sebagai juara.

“Terima kasih beri peluang kepada saya u untuk sertai GV12. Juga kepada pihak pengurusan saya iaitu Mind Order yang membawa saya ke sini. Terima kasih untuk keluarga yang tersayang. Kalau arwah ayah saya masih ada, mesti dia gembira,” katanya.

Kesemua finalis GV12 diadili barisan juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN