fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Selangor, Negeri Sembilan sampai petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di lima negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang melibatkan Bentong.

“Turut terlibat, Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Sementara itu cuaca buruk di Negeri Sembilan dijangka berlaku di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN