fbpx
POLIS khas bersiap sedia untuk menyerbu sebuah penjara di Bandar Guatemala semalam. – AFP

Geng penjenayah mengganas, Guatemala isytihar darurat 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GUATEMALA – Presiden Bernardo Arevalo mengisytiharkan darurat di seluruh Guatemala selama 30 hari semalam untuk memerangi kumpulan-kumpulan penjenayah selepas mereka membunuh lapan anggota polis dan menahan tebusan di tiga buah penjara.

Pembunuhan itu berlaku di Bandar Guatemala dan kawasan sekitarnya,  sehari selepas kumpulan banduan yang mempunyai hubungan dengan geng penjenayah menahan 46 orang sebagai tebusan di tiga penjara Guatemala.

Mereka menuntut supaya beberapa ketua geng penjenayah yang ditahan dipindahkan ke penjara dengan kawalan keselamatan lebih longgar.

Arevalo berkata,  pihak berkuasa telah mengambil semula kawalan di tiga penjara itu semalam.

Beberapa jam sebelum itu, polis Guatemala mengumumkan kematian lapan anggotanya di tangan penjenayah.”

Menteri Dalam Negeri Marco Antonio Villeda memberitahu sidang akhbar bahawa pembunuhan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada tindakan yang diambil oleh negara Guatemala terhadap geng-geng penjenayah.

Seramai 10 lagi anggota polis cedera dalam serangan balas itu, dan seorang suspek geng penjenayah dibunuh.

Petang semalam, Arevalo mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 30 hari untuk memerangi geng-geng penjenayah, berkuat kuasa serta-merta.

Langkah itu menggantung hak berhimpun dan membenarkan individu ditangkap serta disoal siasat tanpa perintah mahkamah.

Sejak pertengahan 2025, ahli-ahli geng melancarkan pemberontakan di penjara untuk menuntut pemimpin mereka ditahan dalam keadaan yang kurang ketat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN