PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Luar Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah.
Anwar dalam satu hantaran di laman X berkata, dalam pertemuan itu kedua-dua pihak membincangkan mengenai isu semasa termasuk potensi kerjasama antara dua negara.
“Kami bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dan potensi kerjasama strategik serta kerjasama pelaburan yang dapat diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara
“Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Qatar,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














