fbpx
Anthony Loke bergambar bersama Ahmad Zahid dan beberapa anggota Jemaah Menteri lain di Dewan Rakyat hari ini.

Anthony Loke muat naik gambar bersama Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kontroversi membabitkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa DAP mempunyai dua kem tidak menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menerusi satu hantaran di media sosial apabila memuat naik gambar bersama Ahmad Zahid serta beberapa anggota Jemaah Menteri lain hari ini.

Anthony Loke memaklumkan, beliau menghadiri Majlis Perasmian Sidang Parlimen Penggal Kelima, Parlimen ke-15 bersama rakan-rakan Kabinet pagi tadi.

Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sebuah kerajaan, namun itu tidak mengganggu fokus utama kerajaan dalam mentadbir negara.

“Walau apa pun perbezaan dalam kalangan kita, Kerajaan Madani terus kukuh dan stabil demi sebuah pentadbiran yang boleh memajukan negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Hantaran itu dilihat sebagai isyarat bahawa pimpinan kerajaan memilih pendekatan matang dengan mengutamakan kestabilan politik dan kepentingan rakyat.

Anthony Loke sebelum ini menafikan wujud beberapa kem dalam DAP yang mengeluarkan kenyataan bercanggah.

“DAP tidak mempunyai pasukan A, B atau C. Sebaliknya, kami hanya mempunyai satu pasukan iaitu ‘Team DAP’,” katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI