fbpx
Pelakon Pablo Amirul bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih, Dr. Hana tanggal 2 Februari ini.

‘Allah dah tentukan’ – Pablo Amirul, Dr. Hana nikah 2 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berkongsi hantaran istimewa, pelakon Pablo Amirul mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr. Hana Rose pada tarikh 2 Februari ini.

Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri berkata, dia kini menghitung hari untuk memulakan bab baharu dalam kehidupan dengan wanita pilihannya itu.

“Menghitung hari! Maha suci Allah atas segala ketetapan yang hanya milik-Nya. Maut, rezeki dan jodoh walau dirancang sehebat mana pun, tetap Allah SWT yang menentukannya.

“Usaha, tawakal, doa, ibadah dan kebaikan adalah kesetiaan seorang hamba kepada-Nya.

“Kepada wanita yang akan menghabiskan hidup bersamaku, terima kasih kerana mencintai dan kita memilih untuk mencipta satu lagi bab baharu dalam hidup. Betul tak, Dr. Hana Rose?,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam video pendek hitam putih itu, Pablo mengenakan sut, sementelah Hana Rose cantik menggayakan busana pernikahan lengkap berlayah panjang.

Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Harimau Merah – Konflik Bermula itu turut berkongsi petikan ayat dari surah Ar-rum 30, ayat 21 yang menyentuh mengenai kasih sayang.

Khabar gembira itu meraih maklum balas positif ramai yang turut teruja menantikan hari bahagia pasangan berkenaan.

Terdahulu, pada April tahun lalu, Pablo memaklumkan akrab dengan dengan pakar estetik tersebut selain mendapat restu keluarga.

Malah dia memilih untuk tidak membuang masa terlalu lama sebelum melangkah ke fasa lebih serius iaitu perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI