fbpx
AARON dan Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan di Terbuka India selepas akur tewas kepada pasangan Jepun.

Aaron dedah penyebab tewas di Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAMBAT untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang selain banyak melakukan kesilapan mudah menjadi punca beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir daripada Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Indira Gandhi Arena malam kelmarin, bekas juara dunia itu terpaksa akur tewas 10-21, 21-13, 11-21 kepada beregu Jepun, Hiroki Midorikawan-Kyohei Yamashita.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik dijangka tidak berdepan banyak masalah, namun sebaliknya berlaku apabila pemain lawan dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Aaron berkata, perlawanan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan aksi suku akhir Jumaat lalu apabila pergerakan bulu tangkis lebih laju sehingga memaksa dia dan Wooi Yik untuk bermain secara bertahan.

“Bagi saya, situasi hari ini (kelmarin) sangat berbeza berbanding semalam (Jumaat) kerana pergerakan bulu tangkis agak laju selain keadaan berangin. Saya rasa kami agak lambat untuk menyesuaikan diri.

“Kami sepatutnya bermain lebih agresif kerana hari ini (kelmarin) lebih banyak bertahan. Pergerakan bulu tangkis yang laju menyebabkan kami sukar untuk mengekalkan rentak,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kempunan untuk ke final dalam dua kejohanan berturut-turut selepas melakukannya ketika menjadi naib juara Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu lalu.

Sementara itu, Wooi Yik pula menjelaskan, dia dan Aaron masih bergelut untuk mengeluarkan permainan sebenar di set ketiga walaupun tahap keyakinan masih tinggi gara-gara kesilapan sendiri.

“Sebenarnya kami masih cuba untuk menampilkan aksi sebenar selepas set kedua, tetapi banyak kesilapan mudah yang dilakukan. Keadaan itu menjejaskan kedudukan mata dan ia berpunca daripada diri sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN