fbpx
Kebakaran sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatannya di Lorong Parit 1, Titi Serong, Kg. Kedah di Parit Buntar pagi tadi

20 motosikal musnah dalam kebakaran stor penyimpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Kebakaran sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatannya di Lorong Parit 1, Titi Serong, Kg. Kedah di Parit Buntar pagi tadi menyebabkan 21 buah kenderaan musnah dalam insiden tersebut.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.50 pagi tadi.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatannya dengan ia musnah terbakar sebanyak 70 peratus.

“Sebuah kereta Honda FD musnah terbakar 5 peratus dan 20 buah motosikal musnah terbakar 90 peratus. Kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya di Parit Buntar hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO.

Katanya, dia mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos 60.9 meter dua pancutan melibatkan air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi terkawal pada pukul 2.50 pagi dan tamat sepenuhnya pukul 5.50 pagi. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Pasukan Bomba Simpanan (PBS) Parit Buntar, PBS Bagan Serai, PBS Bagan Tiang dan PBS Kuala Kurau terlibat dalam operasi ni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN