fbpx
Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob, Kulim hari ini. - Foto ihsan JBPM Kedah

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut, dua kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang lelaki dan dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, ketiga-tiga mangsa terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.09 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan kereta jenis Proton S70 dan Perodua Viva yang bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Viva iaitu seorang lelaki yang merupakan pemandu dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua kanak-kanak terbabit dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam, manakala pemandu yang tersepit dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Ketiga-tiga mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambahnya, pemandu Proton S70 sempat keluar dari kenderaan tersebut yang terbakar selepas kejadian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Kulim menggunakan ambulans. Kereta yang terbakar telah dipadamkan oleh Pasukan Bomba Sukarela Kulim,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN