fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang dijumpai di Sungai Lebir, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Selepas 20 jam, mayat bapa selamatkan anak lemas akhirnya dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Selepas hampir 20 jam hilang dihanyutkan arus sungai, mayat seorang lelaki ditemukan oleh pasukan penyelamat di Sungai Lebir, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, operasi mencari mangsa diteruskan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi tadi.

Katanya, operasi turut dibantu oleh anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa dijumpai tengah hari lebih kurang tiga meter dari tempat terakhir mangsa tenggelam. Mayat diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 2 petang,” katanya.

Kosmo Online! semalam melaporkan, seorang bapa dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak yang hampir lemas di Sungai Lebir di sini.

Mangsa berjaya menyelamatkan anaknya yang hampir lemas ketika mandi di sungai itu sebelum dia sendiri tenggelam dan dihanyutkan arus deras.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN