fbpx
Premis peleburan besi di Kampung Sungai Gadut - Foto IHSAN JAS

Premis peleburan besi berhampiran kawasan perumahan tiada kelulusan EIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Operasi peleburan besi di sebuah premis di Kampung Sungai Gadut yang terletak kira-kira 30 meter dari kawasan perumahan Taman Seremban Jaya di sini disahkan beroperasi tanpa sistem kawalan pencemaran udara (SKPU) dan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, laporan awal siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mendapati premis itu menjalankan aktiviti peleburan besi menggunakan arang batu sebagai bahan bakar.

“Semakan dokumen turut mengesahkan tiada sebarang kelulusan EIA dikeluarkan oleh JAS Negeri Sembilan bagi operasi berkenaan.  Bagaimanapun, premis itu memiliki lesen perniagaan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan telah beroperasi sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“JAS mengesahkan punca pencemaran asap dan habuk dikenal pasti berpunca daripada aktiviti peleburan besi di premis tersebut Aduan diterima akan dirujuk kepada MBS untuk tindakan lanjut memandangkan premis berkenaan beroperasi di luar kawasan perindustrian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN