KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Parti Progresif Penduduk (PPP) kini merupakan parti di dalam BN.
Beliau memaklumkan pihaknya sudah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) baru-baru ini.
Surat bertarikh 25 November 2025 itu dibacakan semasa Ahmad Zahid merasmikan Perhimpunan Agung PPP ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid berkata, susulan pengumuman itu tiada parti lain yang boleh mempertikaikan penyertaan PPP ke dalam BN.
“Pada 21 Januari ini akan ada sebuah agenda khas dalam mesyuarat BN di Kota Kinabalu, Sabah dan Presiden PPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan akan dijemput untuk hadir,” katanya. – KOSMO! ONLINE













