CADANGAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya pencuri harta negara atau mereka yang melakukan rasuah diisytiharkan bankrap mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut dan mahu dilaksanakan dengan tegas, namun berprinsip agar masalah tersebut tidak lagi menular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Rata-rata mereka mahu pembaharuan undang-undang dilaksanakan segera bagi memastikan keadilan sebenar ditegakkan kerana berlaku risiko penyalahgunaan kuasa. Keperluan untuk memastikan sebarang tindakan kebankrapan atau penyitaan aset dilaksanakan melalui proses kehakiman yang adil,……














