fbpx

Pemenang UAE FoodTech Challenge 2026 Sertai Ekosistem Agri-Teknologi Nasional dan Sokong Keselamatan Makanan Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
  • Pertandingan inovasi agri-makanan global menamakan empat syarikat permulaan pemenang sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi.
  • HyveGeo, Permia Sensing, Flybox dan Akorn Technology akan berkongsi dana berjumlah AS$2 juta bagi menjalankan projek perintis dan mengembangkan penyelesaian di UAE serta Global South.

ABU DHABI, UAE, 18 Januari 2026 /PRNewswire/ — Edisi ketiga UAE FoodTech Challenge, sebuah pertandingan global yang mengenal pasti dan mengembangkan inovasi agri-teknologi paling berpotensi di dunia, telah berakhir sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi dengan pengumuman empat syarikat permulaan pemenang.

generated by system

Kategori: Pengeluaran Makanan Pintar Iklim

  • Permia Sensing menggunakan kecerdasan buatan, sensor bioakustik dan pengimejan dron untuk memantau kesihatan pokok. Teknologi ini kini meliputi lebih 15,000 hektar ladang kelapa sawit di Sri Lanka dan menawarkan pengesanan awal faktor tekanan seperti kekurangan air dan serangan perosak, sekali gus membolehkan petani meningkatkan hasil dan mengurangkan pembaziran. Syarikat ini merancang untuk bekerjasama dengan rakan tempatan bagi memperhalusi serta menyesuaikan penyelesaiannya untuk UAE, sebelum mengembangkan penggunaannya di seluruh Timur Tengah.
  • HyveGeo menukar sisa pertanian kepada bioarang kaya karbon, kemudian memperkayakannya dengan mikrob untuk menghasilkan penambah tanah berprestasi tinggi. Pendekatan berasaskan alam semula jadi dan ekonomi kitaran ini telah digunakan oleh petani serta pengurus landskap di seluruh UAE, sekali gus mengubah tanah gurun yang gersang menjadi tanah subur dan boleh diusahakan. Sebagai pemenang, syarikat ini merancang untuk memperluas penyelidikan dan melancarkan projek perintis di pasaran Global South.

Kategori: Pengurangan Kehilangan & Pembaziran Makanan

  • Akorn Technology menghasilkan salutan semula jadi yang boleh dimakan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, yang merangkumi protein sayuran bagi memperlahankan proses pemeraman, lilin untuk mengurangkan kehilangan kelembapan, serta minyak sayuran bagi mengekalkan warna. Penyelesaian ini telah digunakan di Mesir dan Ghana untuk memanjangkan jangka hayat hasil pertanian serta mengurangkan kerugian selepas tuaian, dan kini akan dioptimumkan untuk penggunaan di UAE serta persekitaran gersang di seluruh rantau ini.
  • Flybox menggunakan larva lalat tentera hitam untuk menukarkan produk sampingan pertanian kepada protein dan baja berkualiti tinggi, sambil mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. Ditempatkan dalam kontena penghantaran, penyelesaian kos rendah dan luar grid ini kini digunakan di Uganda, Kenya dan Nigeria, dan akan dilancarkan di UAE dengan perancangan untuk bekerjasama dengan rakan pengurusan sisa tempatan bagi pelaksanaan pada skala besar.

Daripada kumpulan awal 1,215 penyertaan dari 113 negara, sepuluh finalis mara ke peringkat akhir pertandingan dan membentangkan penyelesaian mereka melalui pembentangan langsung kepada panel juri antarabangsa yang terdiri daripada pemimpin kanan dan pakar dalam sistem makanan, kelestarian, pelaburan serta pembangunan antarabangsa. Selepas penilaian, empat syarikat permulaan pemenang diumumkan semasa majlis penyampaian anugerah di pentas utama Minggu Kelestarian Abu Dhabi.

Pengerusi Tamkeen dan Pengerusi Bersama FoodTech Challenge, Rima Al Mokarrab, berkata:

"Pembinaan sistem makanan yang berdaya tahan dan terjamin merupakan teras kepada visi jangka panjang UAE untuk masa depan yang makmur. Pemenang terbaharu UAE FoodTech Challenge kini menyertai komuniti penerima anugerah terdahulu yang sejak itu telah berjaya mengumpul lebih AS$48 juta pembiayaan susulan serta melancarkan lebih 50 projek perintis di UAE dan pasaran lain. Ketika mereka memulakan fasa seterusnya perjalanan ini, sokongan daripada rangkaian rakan kami dan ekosistem inovasi bertaraf dunia UAE akan menjadi landasan pelancaran bagi penyelesaian mereka, membolehkan sumbangan kepada sistem makanan yang lebih berdaya tahan dan mampan di UAE, Global South dan seluruh dunia."

Keempat-empat pasukan akan berkongsi hadiah berjumlah AS$2 juta dan akan dijemput untuk mengembangkan penyelesaian mereka di UAE, dengan menerima sokongan berbentuk sumbangan bukan kewangan yang disesuaikan, termasuk peluang projek perintis, akses kepada kemudahan penyelidikan, panduan kemasukan pasaran, bimbingan serta pengenalan kepada pelabur melalui rangkaian rakan tempatan dan antarabangsa yang luas. Bertitik tolak daripada asas ini, para pemenang akan berusaha melaksanakan dan memperluas penyelesaian mereka di pasaran utama Global South, sekali gus menyokong sistem makanan yang lebih berdaya tahan dan mampan.

Fatema Almulla, Pakar Kanan Pembangunan, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa di Mahkamah Presiden UAE, berkata:

"UAE memainkan peranan utama dalam pembangunan antarabangsa, dengan inovasi pertanian menjadi teras penglibatan globalnya. Melalui UAE FoodTech Challenge, syarikat permulaan pemenang disepadukan ke dalam ekosistem pembangunan yang terbukti, di mana teknologi termaju, kepimpinan dasar dan kepakaran global bergabung untuk mempercepatkan penyelesaian daripada peringkat perintis ke skala penuh. Inilah cara inovasi diterjemahkan kepada impak yang boleh diukur, dari UAE ke wilayah yang terdedah kepada perubahan iklim di seluruh dunia."

FoodTech Challenge tahun ini dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa di Mahkamah Presiden UAE dan Tamkeen, dengan kerjasama Gates Foundation, ne’ma (Inisiatif Nasional Pengurangan Kehilangan dan Pembaziran Makanan), serta Silal. Kumpulan finalis mewakili kepelbagaian pendekatan terhadap inovasi sistem makanan, termasuk teknologi termaju bagi pemeliharaan selepas tuaian, penukaran sisa kepada nilai, pertanian ketepatan dan pengeluaran makanan yang cekap sumber.

Shelly Sundberg, Timbalan Pengarah Sistem Makanan Adaptif dan Saksama di Gates Foundation, berkata:

""UAE FoodTech Challenge memainkan peranan penting dalam memajukan penyelesaian yang praktikal, boleh diskalakan dan mudah diakses bagi mengukuhkan keselamatan makanan dalam kalangan populasi yang kurang mendapat perkhidmatan dan terdedah kepada perubahan iklim. Di Gates Foundation, kami berbangga menyokong inisiatif yang menterjemahkan inovasi kepada impak dunia sebenar, membantu sistem makanan mengurangkan kehilangan, meningkatkan kelestarian dan meluaskan akses kepada makanan yang selamat, mampu milik dan berkhasiat.. Semua ini penting untuk membina sistem makanan yang lebih berdaya tahan berdepan tekanan iklim dan ekonomi.""

Khuloud Nowais, Ketua Pegawai Kelestarian di Emirates Foundation dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pemandu ne’ma, berkata:

"Melihat tahap kualiti pemenang tahun ini serta kepelbagaian penyelesaian mereka benar-benar menginspirasikan. Sebagai juri, amat menggalakkan untuk menyaksikan peningkatan tahap kematangan penyelesaian yang menangani cabaran kehilangan dan pembaziran makanan. Di ne’ma, kami berbangga menyokong inisiatif yang menukar idea kepada impak yang boleh dilaksanakan dan berkekalan untuk sistem makanan."

UAE FoodTech Challenge mengenal pasti dan mempercepatkan penyelesaian teknologi agri-makanan yang meningkatkan pengeluaran makanan serta mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan dalam persekitaran gersang dan semakin tertekan oleh perubahan iklim. Dengan menarik inovasi berteraskan teknologi yang boleh diperhalusi di UAE dan dikembangkan ke peringkat antarabangsa, pertandingan ini secara langsung menyokong aspirasi keselamatan makanan jangka panjang UAE serta menyumbang kepada ketahanan sistem makanan global.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FoodTech Challenge, lawati: www.foodtechchallenge.com

Lihat video YouTube pemenang di sini:

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2862529/The_UAE_FoodTech_Challenge.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864249_MS64249_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI