fbpx
Seorang pelancong wanita warga Taiwan lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling bersama keluarga di Pulau Giam, Pantai Teluk Nipah dekat Pulau Pangkor di Lumut hari ini.

Pelancong Taiwan lemas ketika snorkeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang pelancong wanita warga Taiwan lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling bersama keluarga di Pulau Giam, Pantai Teluk Nipah dekat Pulau Pangkor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari melibatkan mangsa berusia 72 tahun.

Katanya, semasa kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling sebelum disedari berada dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri.

“Ketika kejadian, mangsa berada di lokasi berkenaan bersama seorang pemandu bot, seorang pemandu pelancong, suami mangsa, dua anak serta pelancong lain.

“Keadaan mangsa itu disedari seorang pemandu pelancong yang berada di atas bot dan segera mendapatkan bantuan,” katanya di Seri Manjung hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke darat untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI