DUNGUN – Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Durian Mentangau, di sini bimbang dengan kemunculan seekor beruang matahari yang berkeliaran dan merosakkan tanaman kelapa di kebun sejak dua minggu lalu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Durian Mentangau, Mazlan Mansor berkata, dia pernah terserempak dengan haiwan liar itu pada Khamis lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. “Haiwan itu secara tiba-tiba melintas jalan. Seumur hidup, ini kali pertama saya terserempak dengan beruang matahari. Mujur naik kereta, kalau motosikal mungkin saya terdedah……














