fbpx
Beberapa klip video yang dimuat naik oleh Na di media sosial. - Oddity Central

Mahkamah perintah isteri mohon maaf kepada suami, skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita di China menjadi perhatian ramai apabila membuat permohonan maaf secara terbuka kepada suaminya yang berlaku curang selepas diarahkan oleh hakim, lapor laman berita Oddity Central. 

Wanita bernama Niu Na, sebelum itu mendedahkan beberapa bukti termasuk nama dan maklumat peribadi suami serta kekasih gelap lelaki tersebut di media sosial selepas mengetahui tentang hubungan sulit itu. 

Tindakan itu menyebabkan suami Na dan kekasihnya menang dalam saman fitnah yang difailkan ke atas wanita tersebut.

Berdasarkan keputusan mahkamah, defendan perlu memuat naik permohonan maaf kepada plaintif di platform Baidu Tieba dan Douyin serta mengekalkannya selama 15 hari tanpa dipadam. 

Namun, menerusi beberapa klip video yang dimuat naik, selain memohon maaf, Na menampilkan rekod pembelian barangan mewah oleh suaminya untuk wanita itu sebagai bukti bahawa dia tidak menyumbang kepada yuran tuisyen anak mereka. 

Na juga mendakwa bahawa suaminya tidak pernah mengambil anak mereka dari sekolah, selain turut melakukan keganasan rumah tangga. 

Klip-klip video tersebut menyebabkan Na mendapat sokongan ramai, manakala pendedahan berterusan itu telah menyebabkan si suami dan teman wanitanya dipecat daripada tempat kerja mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN