GUANGZHOU, China, 18 Januari 2026 /PRNewswire/ — Baru-baru ini, GAC Energy mengeluarkan Laporan Perkhidmatan Ekologi 2025 yang mengetengahkan kemajuan kukuh dalam teknologi pengecasan ultra-pantas, pasang atur rangkaian seluruh negara dan inovasi V2G di bawah strategi "Tindakan Tenaga 2⁶" GAC Group – iaitu pelan strategik yang dilancarkan oleh GAC Group untuk membangunkan rantaian dan ekosistem industri kenderaan tenaga baharu (NEV) yang komprehensif dan bersepadu secara vertikal. Menjelang akhir tahun 2025, GAC Energy mengendalikan 23,274 cerucuk pengecas terkendali diri merentasi 31 wilayah dan 211 bandar, termasuk 17,577 cerucuk DC. Ia mempunyai 1,956 stesen pengecas yang memenuhi keperluan 8.92 juta pengguna dan menyalurkan 1.43 bilion kWj elektrik, seterusnya mendahului industri ini bagi cerucuk pengecas pantas voltan tinggi 1000V.
Dalam teknologi pengecasan ultra-pantas, GAC Energy terus memperkukuh teknologi dan operasinya sepanjang tahun. Cerucuk pengecas ultra-pantas dinaik taraf kepada 640 kW, dengan keupayaan penembak individu mencecah 720 kW dan 800 A. Pada bulan Mei, platform awan pengurusan pintar dikuasakan AI telahpun diperkenalkan yang mengupayakan kawalan pada masa nyata dan operasi automatik kemudahan pengecasan, lalu meningkatkan kebolehsediaan peralatan dalam talian kepada 99.2% dan meningkatkan kestabilan perkhidmatan dengan ketara.
Rangkaian pengecasan memasuki fasa pengembangan yang dipercepat. Menjelang Mac 2025, perkhidmatan pengecasan GAC Energy melepasi 100 juta sesi kumulatif, dengan kumpulan pengguna melebihi 5 juta dan perkhidmatan 24/7 dapat menjamin perjalanan tanpa rasa bimbang. Pada bulan Julai, volum pengecasan keseluruhan mencapai lebih 1 bilion kWj. Pada bulan September, bilangan cerucuk pengecas terkendali diri mendahului industri ini dengan melangkaui 20,000. Menjelang bulan November, rangkaian pengecasan telahpun meliputi bandar-bandar utama dan koridor perjalanan utama China, dengan lebih daripada 1,800 stesen pengecas terkendali diri dipasang atur bagi memastikan pengguna di kawasan bandar utama boleh sampai ke stesen dengan mudah dalam jarak 1 km.
Dalam lapangan V2G, GAC Energy menyelesaikan arahan nyahcas V2G pemilik kereta persendirian pertama China pada Ogos 2025 dan dalam bulan September, membina mikrogrid V2G terbesar di negara ini, dengan purata nyahcas harian mencecah lebih 11,000 kWj bagi setiap stesen. Menjelang akhir tahun 2025, nyahcas V2G nasional bagi GAC Energy mencapai lebih 1.35 juta kWj, dengan perdagangan kuasa melangkaui 130 juta kWj dan pengurangan karbon kumulatif pula mencecah 3.43 juta tan, lalu menyumbang kepada ekosistem tenaga rendah karbon yang lestari.
Memasuki tahun 2026, GAC Energy mempercepat momentumnya—memacu evolusi penyelesaian pengecasan yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih mesra alam, serta membina sebuah ekosistem tenaga yang selamat dan lestari yang memperkasakan masa depan mobiliti.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4865612_MS65612_6















