fbpx
Gambar hiasan

Cuaca panas, kurang hujan seluruh negara sehingga 25 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di seluruh negara terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Januari 2026.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd. Hisham ketika dihubungi Kosmo! berkata, Monsun Timur Laut (MTL) masih berlangsung dan belum tamat.

“Memang MTL belum habis sebab angin masih lagi bertiup dari arah Timur Laut. Cumanya sekarang ini cuaca hujan lebih tertumpu di kawasan lain, iaitu di Sumatera dan Jawa Indonesia.

“Memang kelaziman macam itu, cumanya kali ini ia berlaku lebih awal. Biasa hujung Januari dan Februari,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pada 10 November lalu melaporkan, rakyat Malaysia diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat berterusan apabila MTL 2025/2026 bermula 13 November sehingga Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN