fbpx
MemASANG angan-angan untuk bergelar pelakon sejak di bangku sekolah, Amylia bersyukur dapat merealisasikan impiannya itu menerusi drama Kelas Belakang. – IQBAL ROSLI

Amylia Aidura, pertama kali berlakon terus jadi heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP tahun, industri seni menyaksikan kemunculan bakat baharu yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Antara wajah segar mencuri perhatian, Amylia Aidura, yang debut menerusi siri terbaharu Viu, Kelas Belakang.

Menariknya, menerusi kemuculan sulungnya, wanita berusia 24 tahun itu diberi kepercayaan menggalas watak utama, sekali gus menjadi cabaran besar buat pendatang baharu sepertinya.

HIBGLAM: Diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam drama sulung, apakah persediaan yang Amylia lakukan?
AMYLIA: Memang ‘stuggle’ (susah) sebab baru pertama kali berlakon, saya tiada pengalaman. Namun, saya bersyukur pihak produksi sediakan kelas lakonan selama tiga hari. .
Menerusi kelas bimbingan itu, saya cuba serap sebanyak mungkin ilmu bagi menjayakan watak Iman. Karakter ini mencabar, setiap episod belajar benda baharu.
Perkembangan watak ini sentiasa berubah. Saya kena cepat menyesuaikan diri dengan cara Iman berfikir dan bertindak dalam situasi tertentu.

Kemunculan pertama semestinya memberi tekanan, bagaimana Amylia mengawal perasaan sepanjang penggambaran?
Sejujurnya sangat tertekan. Tipulah kalau saya kata tidak, saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini dan tiada langsung pengalaman.
Tapi alhamdulillah, semua yang terlibat dalam produksi ini sangat rapat malah pelakon senior pun banyak beri kata-kata semangat.
Pengarah pun suka berinteraksi, saya selalu jumpa dia sebelum buat babak baharu untuk tanya pendapat. Paling saya kagum, dia terbuka untuk terima idea dan pandangan saya. Pengarah juga mesra, sebagai orang baharu saya tak rasa takut atau gementar sangat.

Boleh kongsi bagaimana anda mula menceburi dalam bidang lakonan?
Sebenarnya saya memang minat berlakon, dari kecil lagi suka berangan. Di sekolah menengah pernah masuk pertandingan lakonan wakil sekolah.
Tapi lepas habis sekolah, macam biasalah mak ayah nak saya habiskan ijazah dulu. Jadi, saya pilih kursus yang saya suka.
Sepanjang belajar, saya ada buat ‘freelance’ juga. Bermula dengan peragaan, kemudian filem pendek dan video muzik. Selepas itu alhamdulillah dapat peluang uji bakat untuk drama ini. Semuanya berlaku betul-betul selepas saya habis belajar sebab itu saya agak lambat masuk dalam industri.

Bagaimana pula reaksi keluarga apabila mengetahui anda mahu cipta nama sebagai pelakon?
Awal-awal keluarga risau juga tapi lama-kelamaan mereka faham dan percaya dengan pilihan saya.
Kadang-kadang ibu ayah pun hantar dan ambil saya di set penggambaran. Mereka juga titipkan pesanan agar jaga diri dan pertuturan. Kata mereka, kalau boleh pilihlah watak yang meninggalkan impak positif kepada penonton.

Asam garam anak seni pasti berdepan dengan kritikan dan kecaman. Adakah anda sudah bersedia?
Sebagai pelakon baharu, saya sedia maklum pasti tidak dapat lari daripada kritikan. Mungkin saya rasa sudah buat yang terbaik tapi tetap ada yang tak suka. Saya sudah pasak dalam hati untuk jadi pelakon yang berjiwa kental dan lihat kritikan secara positif.
Dulu saya mula bina nama dalam TikTok, saya sudah lali dengan kecaman dan memilih untuk berlapang dada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI