fbpx
Isteri Justin Bieber iaitu Hailey Bieber nafi membuat hantaran dalam laman sosial berkaitan isu perkahwinan.

‘Tiada kena-mengena dengan perkahwinan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKALI lagi mencetuskan spekulasi mengenai kegoyahan rumah tangganya, isteri kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Bieber nafi membuat hantaran dalam laman sosial berkaitan isu perkahwinan.

Model berusia 29 tahun itu menegaskan dalam tempoh terdekat tidak memuat naik sebarang status soal hubungan apatah lagi berkenaan keretakan rumah tangga. 

“Saya tahu kalian yang hidup di internet mungkin kini sangat bosan, tapi saya tidak pernah berkongsi video yang menyentuh hubungan saya,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada seorang anak itu didakwa berkongsi video menunjukkan rangkuman gambar bersama suaminya dengan diselitkan luahan kehidupan.

Biarpun tidak menyebut perasaan dilalui secara terang-terangan, hantaran itu seolah-olah menyatakan kebahagiaan ditunjukkan mereka tidak seperti dibayangkan peminat.

Begitupun, ini bukan kali pertama Hailey ‘mengadu domba’ dalam laman sosial dan kemudian memadam statusnya sehingga ramai mempercayai perkahwinannya dengan Justin memang bermasalah.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN