fbpx
GAMBAR fail beberapa tin minuman Coca-Cola. - Foto AFP

Saintis dakwa bongkar formula rasa sedap Coca-Cola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Resipi minuman Coca-Cola merupakan antara rahsia dagangan yang paling terjaga rapi di dunia, lapor portal berita MaiOnline semalam.

Namun, ia mungkin tidak lagi menjadi rahsia bagi tempoh yang lama.

Seorang saintis yang mengendalikan saluran YouTube LabCoatz, Zach Armstrong mendakwa bahawa dia berjaya membongkar formula misteri berusia 139 tahun itu.

Menurut eksperimennya, rasa yang begitu digemari ramai itu sebenarnya terdiri daripada lebih 99 peratus kandungan gula.

Perkara tersebut mungkin tidak begitu mengejutkan kerana label minuman itu menerangkan bahawa satu liter Coca-Cola mengandungi kira-kira 110 gram gula, 96 miligram kafein, 0.64 gram asid fosforik dan pewarna karamel.

Rahsia sebenar Coca-Cola terletak pada komposisi apa yang dinamakan secara umum sebagai perisa semula jadi yang memberikan rasa uniknya.

Untuk mengenal pasti kandungan satu peratus selebihnya itu, Armstrong mengambil masa lebih setahun menjalankan analisis saintifik, ujian rasa dan proses percubaan serta kesilapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN