fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Meerzikry di laman Threads

Pramugara MAS curi tumpuan jaga kanak-kanak demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap prihatin dan penuh empati seorang pramugara Malaysia Airlines (MAS) mencuri perhatian ramai melalui tindakannya dalam mengendali penumpang yang sedang sakit.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna Threads, @Meerzikry, pramugara berkenaan dikatakan menunjukkan layanan luar biasa terhadap seorang kanak-kanak yang mengalami demam ketika penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian itu, kanak-kanak terbabit duduk di tempat duduk hadapan dan kelihatan tidak sihat sejak awal penerbangan. Menyedari keadaan tersebut, pramugara berkenaan tampil membantu dengan penuh kasih sayang, seolah-olah menjaga anaknya sendiri.

“Dia bagi ubat, susunkan tempat duduk supaya budak tu boleh baring dengan selesa. Setiap dua jam dia datang semula untuk periksa suhu badan,” ujarnya.

Lebih menyentuh hati, pramugara itu turut mengaturkan beberapa tempat duduk kosong agar ibu kepada kanak-kanak berkenaan dapat berehat dengan lebih selesa sepanjang penerbangan jarak jauh itu.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh netizen.

“Sebab utama kenapa saya sentiasa memilih untuk terbang dengan Malaysia Airlines ialah kerana mutu kru kabin mereka antara yang terbaik,” ujar @Wana_anne.

“Kenal. Leading Steward saya. Memang baik orangnya,” kata @Ajwinnajeera.

“Dia antara kru MAS yang pernah memenangi anugerah ‘cabin crew’ terbaik dunia 8 tahun berturut turut dahulu,” komen @Bouldputra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI