fbpx
POLIS sedang mengesan dua individu yang disyaki terlibat dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Polis kesan suspek cuba pecah masuk rumah di Taman Klebang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis sedang mengesan dua individu yang disyaki terlibat dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak polis memandang serius perkara tersebut dan telah menggerakkan beberapa langkah termasuk meningkatkan rondaan pencegahan jenayah di kawasan terlibat menerusi Op Kesan.

“Selain itu, pemantauan rapi turut dilaksanakan di kawasan dikenal pasti bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin.

“Usaha juga sedang dijalankan bagi mengesan individu yang memuat naik rakaman video itu bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis atau talian hotline bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500/999.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan motosikal ditunggang dua lelaki berlegar-legar di kawasan perumahan di Taman Klebang Jaya disyaki untuk mencuri kabel. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI