JAKARTA – Sebuah pesawat enjin kipas, ATR 42-500 milik Indonesia dilaporkan hilang dekat Makassar, dengan rakaman video di media sosial menunjukkan serpihan kapal terbang bertaburan di kawasan pergunungan berhampiran lokasi terakhir ia terputus hubungan, demikian menurut data penjejakan penerbangan dan laporan laman web News18.
Menurut Flightradar24, pesawat ATR 42-500 dikendalikan oleh Kementerian Lautan dan Perikanan Indonesia itu hilang daripada radar ketika terbang rendah di ruang udara lautan, menyebabkan liputan radar menjadi terhad.
Isyarat terakhir diterima kira-kira 20 kilometer ke timur laut Lapangan Terbang Makassar.
Media tempatan melaporkan, hubungan dengan pesawat terputus sekitar pukul jam 1.17 tengah hari (waktu tempatan).
Pesawat itu membawa 11 orang secara keseluruhan, merangkumi lapan krudan tiga penumpang.
Paparan visual tular di media sosial menunjukkan serpihan yang terbakar berada di kawasan pergunungan berhampiran puncak Gunung Bulu Saraung.
Rakaman tersebut memaparkan keadaan kabus tebal, barangan peribadi yang bertaburan di kawasan berbatu, serta kebakaran kecil di celah runtuhan yang cuba dipadamkan oleh individu yang merakam video tersebut. –AGENSI














