fbpx
Nadia Kesuma dikesan telah meninggalkan lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi selepas laporan kehilangannya, Khamis lalu.

Nadia Kesuma telah keluar dari Jeddah – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Kesuma yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, disahkan sudah meninggalkan lapangan terbang, Jeddah, Arab Saudi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengesahan itu berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen negara itu, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.

Susulan itu katanya, laporan polis akan menyusul selepas usaha pencarian tersebut menemui jalan buntu.

“Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.

“Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard prosedur (SOP),” katanya pada sidang akhbar di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia WTC di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Nadia gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Khamis lalu.

Ekoran itu, suami pelakon terbabit, Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57,
merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI