fbpx
Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, WTCKL. Gambar Hiasan

Manfaatkan AUKU, kembalikan kepercayaan UMNO kepada mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mendekati golongan mahasiswa supaya sokongan kepada parti itu akan bertambah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Wakil mahasiswa, Mohamad Amar Aidid Mohd. Zain berkata sepatutnya peluang daripada kelonggaran Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bermula tahun 2018 digunakan sepenuhnya UMNO.

Ini kerana katanya, menerusi kelonggaran itu,
AUKU telah memberi kebebasan yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik sama ada di dalam atau di luar kampus.

“Itu satu kelebihan yang diberikan kepada Mahasiswa, kalau dulu kita melihat AUKU ini menghalang untuk menyatakan hasrat dan pendirian kita terhadap parti kita ini.

“Namun hari ini, mahasiswa telah diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berpolitik sama ada di dalam kampus mahupun di luar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI