fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki maut, lebih 6 das tembakan dilepaskan di Nibong Tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di Jalan Besar Permatang Keling, Nibong Tebal di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa berusia 38 tahun yang berada di hadapan sebuah premis cuci kenderaan dikatakan telah didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Difahamkan, suspek melepaskan lebih enam das tembakan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Mangsa yang dipercayai pemilik premis cuci kenderaan itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping dan disahkan meninggal dunia di sana.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI