fbpx
Tangkap layar video memaparkan Nadia Kesuma dimuat naik Nuh Travel dan Tours di laman Facebook.

Kes Nadia Kesuma diklasifikasikan sebagai Orang Hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Laporan polis berhubung kehilangan pelakon Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50 atau Nadia Kesuma kini diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi yang memaklumkan pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki berusia 47 tahun iaitu adik wanita tersebut tengah hari semalam.

“Laporan itu menyatakan mangsa (Nadia) gagal dihubungi oleh ahli keluarga setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 12.30 tengah malam, 15 Januari lalu” katanya.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai Nadia diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-87768222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor R. Puvanesan menerusi 019-5883034.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Nadia Kesuma menyertai pakej umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan terdiri daripada 21 peserta bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah. Kehilangan wanita itu disedari selepas dia tidak muncul di balai Pelepasan untuk penerbangan sambungan ke London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI