![]() |
SINGAPURA, 17 Januari 2026 /PRNewswire/ — Kerry, peneraju bertaraf global bagi rasa dan pemakanan melancarkan Supplements Taste Charts 2026 untuk Asia Pasifik dan Timur Tengah yang mengetengahkan pilihan rasa yang kian berkembang di rantau ini serta kemunculan makanan tambahan dan pemakanan sukan berprofil rasa yang diterajui gaya hidup.

Consumers are moving away from traditional pills toward more flavour-forward formats such as gummies.
Di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika (APMEA), makanan tambahan semakin dilihat sebagai sebahagian daripada kesejahteraan harian dan bukannya sokongan kesihatan sekali-sekala. Pengguna memfokuskan pada manfaat-manfaat seperti tidur, imuniti, penghadaman, pengurusan tekanan, tenaga dan keseimbangan emosi, dengan rasa dan tekstur kini sangat mempengaruhi pembelian yang berterusan dan penggunaan dalam tempoh jangka panjang.
Pasaran makanan tambahan global diunjurkan mencecah AS$107 bilion menjelang tahun 2029 dengan APMEA terus-menerus menunjukkan momentum yang kukuh. China, India, Asia Tenggara dan Timur Tengah memacu penerimagunaannya yang disokong oleh kesedaran terhadap kesihatan yang semakin meningkat, gaya hidup yang lebih sibuk dan minat yang semakin meningkat dalam pemakanan diperibadikan.
Trend Profil Rasa Mentakrifkan Semula Makanan Tambahan
Pengguna semakin beralih daripada pil tradisional kepada format yang lebih mengutamakan profil rasa seperti gula-gula kenyal, gula-gula kunyah, campuran minuman, kepingan larut dan campuran serbuk. Dalam hal ini, rasa memainkan peranan yang amat penting dalam mengaburi rasa pahit fungsian, mengukuhkan isyarat emosi dan memberi petanda kesemulajadian atau keberkesanan. Tiga pergerakan rasa yang utama menonjol di seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah:
Kesederhanaan Diperkuat
Pengguna semakin tertarik kepada ketelusan dan ketulenan ramuan. Perisa yang diilhamkan oleh makanan lengkap, botani, nota tertapai dan profil yang sedikit manis atau masam menandakan ketulenan dan kesederhanaan yang padat dengan nutrien. Perisa yang popular termasuk sitrus, yuzu, halia, kunyit, matcha, bunga elderflower, tenusu kultur dan yogurt. Perisa ini berganding secara semula jadi dengan format mesra gaya hidup pada masa kini yang mana perisa tersebut meningkatkan manfaat kesihatan yang dirasakan oleh sesuatu produk.
Penerobos Kategori
Memandangkan waktu makan sudah menjadi tidak jelas dan rutin pula berubah, pengguna tidak lagi berpegang pada batas makanan, minuman atau makanan tambahan tradisional. Penerobos Kategori (Category Crashers) menonjolkan kemunculan produk-produk hibrid yang membawa perubahan: bar tenaga berperisa, format makanan tambahan berinspirasi konfeksioneri, perasa berinfusi kopi dan banyak lagi. Hibrid ini mengetengahkan format kreatif dan gandingan yang tidak diduga yang menggambarkan cara orang ramai menikmati makanan pada masa ini.
Rasa Maksimalis
Maksimalisme menjadi tumpuan utama pada tahun 2026 yang didorong oleh pengguna muda yang inginkan rasa yang berani dan berlapis-lapis serta memberikan impak deria yang tinggi. Profil gaya pencuci mulut, intensiti rasa masam, format tumpuan pedas dan tindanan rasa seperti tiramisu markisa atau coklat brownie mencipta pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan dan hebat. Trend ini memperkuat makanan tambahan sebagai sajian istimewa gaya hidup dan bukannya kewajipan fungsian.
Dalam trend ini, pemakanan sukan menjadi semakin meluas yang melangkaui atlet dan mencakupi pengguna aktif yang mengharapkan perisa yang sepadan dengan fungsinya. Kesederhanaan Diperkuat (Simplicity Amplified) dilihat dalam campuran penghidratan sitrus yang menyegarkan, pilihan pemulihan berinfusi botani dan perisa tenusu semula jadi dalam sistem protein tinggi; Penerobos Kategori membawakan profil gaya kafe, elektrolit berinspirasi soda dan minuman tenaga perisa buah-buahan; dan Rasa Maksimalis jelas ditemui dalam makanan tambahan sebelum bersenam dengan rasa masam atau pedas yang ekstrem dan profil berbilang lapisan dalam minuman protein kocak.
"Pengguna di seluruh APMEA menuntut lebih banyak lagi daripada produk kesihatan proaktif mereka, bukan sahaja manfaat yang disokong secara klinikal, tetapi juga rasa yang mengujakan," kata Olivier De Salmiech, Naib Presiden, Kesihatan & Terapi, Kerry Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika. "Apabila produk terasa hebat, mempunyai manfaat yang disokong oleh sains dan berintegrasi secara semula jadi dalam kehidupan seharian, ia menjadi ritual kesejahteraan yang dinanti-nantikan oleh pengguna."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864944_MS64944_6















