fbpx
ANTARA PATI ditahan 'Op Pintas Bersepadu' di Kampung Sungai Boh, Serkat, Pontian, hari ini. Foto IHSAN PDRM

Ibu, anak tak sempat balik kampung kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Hasrat seorang ibu membawa pulang anak perempuannya ke kampung halaman di Indonesia tidak berhasil apabila mereka ditahan bersama tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Pintas Bersepadu di Kampung Sungai Boh, Serkat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, kesemua ditahan terdiri daripada migran dewasa serta seorang kanak-kanak berusia antara satu hingga 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzar Hussein Mion Hussain berkata, dalam serbuan itu juga, pihaknya menahan dua tekong laut yang bertugas untuk membawa pulang dan menurunkan PATI melalui jalan tidak diwartakan.

“Ketika serbuan, sebuah kereta Proton Wira, satu batang kunci kereta Proton Wira, sebuah bot fiber dan enjin, lapan buah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Selain itu dirampas satu paket lutsinar mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 21.41gram, dimana anggaran rampasan keseluruhan berjumlah RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Hadzar Hussein, saringan ujian air kencing mendapati tiga lelaki warga negara Indonesia positif Methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN