fbpx
LAPORAN polis dibuat Carol tentang masakan yang dibelinya. - Foto Stomp

Buat aduan polis ada cili dalam makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang wanita membuat laporan polis kerana hidangan mihun wantan ladu udang yang dibeli dari sebuah gerai  mengandungi cili, lapor portal berita Stomp semalam.

Sebelum pembelian dia menyatakan, tidak mahukan cili dalam makanan tersebut.

Pelanggan dikenali sebagai Carol itu menyifatkan kejadian menimpanya sebagai pengalaman yang sangat buruk.

Dia memesan mihun watan  daripada gerai tersebut di sebuah kedai kopi di Serangoon North Avenue 1, Singapura pada 13 Januari lalu.

Apabila Carol tiba di rumah, dia mengalami kejutan tidak menyenangkan.

“Saya membuka makanan itu dan mendapati semuanya (makanan) dipenuhi cili. Ia sangat pedas!.

“Saya sangat marah. Saya menaiki bas semula untuk mencarinya dan bertanya mengapa dia berbuat demikian kepada saya,” kata Carol.

Namun, apabila dia tiba di gerai tersebut, ia sudah ditutup dan penjual mihun itu tiada di premis berkenaan. 

Carol kemudian pergi ke Pos Polis di Serangoon North Avenue 1 untuk membuat aduan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN