fbpx

Bersama Mengecas Jalan Ke Hadapan | Huawei Lancar 10 Arah Aliran Teratas Industri Rangkaian Pengecasan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHENZHEN, China, 17 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 16 Januari, Huawei melancarkan 10 Arah Aliran Teratas Industri Rangkaian Pengecasan 2026. Wang Zhiwu, Presiden bagi Domain Rangkaian Pengecasan Pintar Huawei mentafsirkan arah aliran industri dan teknologi ini secara komprehensif.

Jointly Charging the Road Ahead | Huawei Releases Top 10 Trends of Charging Network Industry 2026
Jointly Charging the Road Ahead | Huawei Releases Top 10 Trends of Charging Network Industry 2026

Arah Aliran 1: Pembangunan Berkualiti-Tinggi

Bermula dengan kenderaan penumpang hinggalah kenderaan komersial, "kualiti tinggi" menjadi suatu kemestian untuk infrastruktur pengecasan ultra-pantas, lalu memacu penaiktarafan berskala besar peranti pengecas legasi untuk memenuhi keperluan tenaga dalam model-model kenderaan yang berbeza. Pembangunan yang berkualiti tinggi akan diperluas daripada "bandar pengecas ultra-pantas" kepada "bandar pengecas megawatt" melalui perancangan, standard, penyeliaan dan O&M berpadu bagi membolehkan rakan industri mengubah kualiti tinggi menjadi pulangan yang tinggi.

Arah Aliran 2: Pengecasan Ultra-Pantas Komprehensif

Model kenderaan pengecasan ultra-pantas yang dahulunya merupakan keperluan premium akan diterima pakai oleh semua orang. Penggunaan meluas bahan semikonduktor kuasa generasi ketiga dan bateri kuasa tarikan kadar-C-tinggi akan meningkatkan lagi bahagian pasaran kenderaan pengecas ultra-pantas. Kenderaan komersial pengecasan megawatt akan menguasai pasaran.

Arah Aliran 3: Elektrifikasi Logistik Skala-Megawatt

Penukaran "bahan-api-kepada-elektrik" untuk perniagaan berdaya maju akan memperluas HGV dengan pantas daripada aplikasi terhad dan tertutup kepada penggunaan semua senario yang meluas. Pengurangan kos bagi bateri kuasa tarikan dan inovasi teknologi pengecasan megawatt akan menjadikan elektrifikasi logistik berskala megawatt sebagai arah aliran yang tidak dapat dihentikan, lalu membawa nilai ekonomi dan sosial yang ketara.

Arah Aliran 4: Stesen Skala-Seratus-Megawatt

Dalam arah aliran logistik elektrik, stesen pengecas berskala 100 MW akan menjadi infrastruktur penting bagi operasi berdaya pemprosesan tinggi. Faktor-faktor seperti kekuatan teknikal, harga elektrik yang kompetitif dan penerimagunaan boleh skala akan memberikan kesan kluster yang berkuasa dan menjamin keberuntungan jangka panjang yang lestari untuk pelaburan stesen pengecas.

Arah Aliran 5: Keselamatan dan Kebolehpercayaan

Dibandingkan dengan kenderaan penumpang, kenderaan komersial memerlukan kuasa pengecasan yang lebih tinggi dan kadar kapasiti sistem storan tenaga (ESS) yang lebih besar di stesen pengecas. Justeru itu, keselamatan dan kebolehpercayaan akan menjadi keperluan asas bagi rangkaian pengecasan. Seni bina perlindungan keselamatan elektrik yang komprehensif akan melindungi orang, kenderaan dan pengecas dengan lancar yang diperkukuh oleh asas keselamatan siber yang utuh.

Arah Aliran 6: Pengecasan Ultra-Pantas Sejuk Cecair

Pengecasan ultra-pantas sejuk cecair memberikan pelesapan dan perlindungan haba yang unggul, lalu mendayakan prestasi yang andal dalam senario pengecasan yang semakin teragih. Sebaliknya, sistem dingin udara konvensional bergelut dalam persekitaran yang mencabar seperti haba yang tinggi, kelembapan, kabus garam dan habuk tebal. Pada masa akan datang, teknologi pendinginan cecair akan digunakan dalam kenderaan dan pengecas bagi mengupayakan pengecasan megawatt yang cekap dan menyumbang kepada pengurangan kos kenderaan secara keseluruhan.

Arah Aliran 7: ESS+Pengecas Berasaskan DC

Sistem ESS+pengecas berasaskan DC dapat meningkatkan kapasiti kuasa dengan berkesan, lalu membantu pelanggan memasang atur stesen pengecas ultra-pantas dengan cepat dan berkesan kos, walaupun di lokasi-lokasi yang mempunyai kuasa grid terhad. Sistem ini amat sesuai untuk menaik taraf stesen berkapasiti rendah legasi, lalu membolehkan stesen pengecas ultra-pantas digunakan semula dengan pantas atau baru dipasang atur dengan kuasa grid minimum, seterusnya memaksimumkan keupayaan untuk memenuhi tuntutan pengecasan kenderaan.

Arah Aliran 8: Pembinaan Stesen Modular

Penyelesaian modular peringkat stesen ini dibangunkan untuk pembinaan kejuruteraan dan penjayaan peranti agar dapat disesuaikan dengan beraneka jenis senario pengecasan. Kosnya yang rendah, pasang atur yang pantas dan penempatan semula yang mudah menjadikannya pilihan yang fleksibel, sementara reka bentuknya yang tahan lama dapat memastikan nilai dan perlindungan dalam tempoh jangka panjang untuk pelabur.

Arah Aliran 9: Mikrogrid Kampus

Sistem PV+ESS pembentuk grid ini mengintegrasikan teknologi pengecasan ultra-pantas sejuk cecair dan boleh beroperasi dalam mod pada grid atau luar grid. Ini dapat membentuk penyelesaian "PV+ESS+pengecas+kenderaan+rangkaian" sehenti yang dapat meningkatkan kapasiti kuasa, memaksimumkan penggunaan tenaga hijau dan meningkatkan hasil melalui arbitraj masa penggunaan.

Arah Aliran 10: Pemerkasaan AI

Evolusi pintar pada rangkaian pengecasan akan mendayakan kolaborasi yang lancar merentas rangkaian, stesen, pengecas dan kenderaan. Dengan memecahkan silo digital, ia akan meningkatkan pengalaman pengecasan hujung-ke-hujung untuk pemilik kenderaan serta turut meningkatkan kecekapan logistik dan pengangkutan secara keseluruhan.

Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi bagi mempercepat pelancaran rangkaian pengecasan ultra-pantas yang lancar dan berkualiti tinggi, serta merebut peluang elektrifikasi mobiliti.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4865069_MS65069_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI