fbpx
Mohamad ketika sidang akhbar di Laman Media, WTCKL, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK

Agensi pelancongan perlu bertanggungjawab kehilangan Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan agensi pelancongan terlibat juga perlu bertanggungjawab di atas kehilangan pelakon, Nadia Kesuma pada 14 Januari lalu di Arab Saudi.

Mohamad berkata, pihak berkenaan tidak boleh lepas tangan begitu sahaja selepas wanita itu dilaporkan hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.

“Kita minta supaya agensi pelancongan tak boleh lepas tangan begitu saja. Mesti bertanggungjawab kerana dengan siapa dia, semua. Kena tanya kerana dia pergi melalui rombongan,” ketika sidang akhbar pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Bagaimanapun Mohamad berkata, kerajaan yakin pihak berkuasa, terutamanya pasukan polis Arab Saudi akan membantu dengan baik.

“Kita mesti percaya akan kecekapan mereka dan kita minta supaya pihak keluarga bertenang. Kita berusaha sebaik mungkin untuk mencari beliau kerana bila dah masuk, terutamanya nak pergi ke Mekah itu, ramai orang.

“Tetapi kita ada kerjasama yang baik antara pihak Konsulat Kerajaan Malaysia dengan pihak polis di Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN