fbpx
Gambar hiasan

2 perayaan besar dan cuti umum dalam seminggu, jom bayangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dijangka berdepan situasi kesesakan lalu lintas paling luar biasa dalam sejarah apabila beberapa cuti umum utama bersambung dalam tempoh hampir seminggu pada Februari 2030.

Menerusi perkongsian kalendar di Threads oleh @anakjalanan1992, Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada Jumaat, 1 Februari, diikuti Tahun Baharu Cina pada Ahad dan Isnin iaitu 3 dan 4 Februari, sebelum disusuli Aidilfitri pada Selasa dan Rabu, 5 dan 6 Februari.

Situasi itu menyebabkan Khamis, 7 Februari turut diisytiharkan sebagai cuti gantian Tahun Baharu Cina.

“Lagi empat tahun kita akan hadap kesesakan trafik paling mencabar dalam sejarah Malaysia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran memaparkan kalendar cuti umum bagi Februari 2030.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya teruja dan turut membayangkan kesesakan lalu lintas luar biasa.

“Fuh, lama cuti ni. Tak dapat bayang macam mana sesaknya,” kata Adilah Syazwani.

“Sejujurnya bagi saya, lebih baik melancong ke negara lain masa tu. Boleh mula tempah tiket penerbangan dari sekarang,” seloroh Eldon Ong.

“Kalau nak balik kampung, mungkin kena keluar Januari lagi,” seloroh Nazrif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN