fbpx
Tiga mayat rentung susulan kebakaran di sebuah kilang memproses minyak masak di Kampung Olak Lempit.

Tiga rentung kilang minyak disyaki Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Misteri identiti tiga individu yang ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah kilang memproses minyak masak di Kampung Olak Lempit di sini, hampir terungkai apabila kesemua mangsa disyaki etnik Rohingya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, setakat ini ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Banting bagi menjalani ujian perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan identiti.

Menurut beliau, seramai tiga individu tampil mengaku sebagai ahli keluarga kepada mangsa yang rentung dan kesemuanya merupakan etnik sama berdasarkan rujukan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Selepas keputusan DNA daripada Hospital Banting diperoleh, pihak polis akan memaklumkan identiti sebenar ketiga-tiga mangsa itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat keberadaan ketiga-tiga mangsa dalam kilang yang tidak beroperasi atau tutup semasa berlakunya kebakaran itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga mangsa dijumpai rentung dalam kebakaran kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak yang musnah keseluruhannya di Kampung Olak Lempit di sini kelmarin.

Dua buah kilang lagi turut terbakar pada status satu dan lima peratus.

Namun penemuan tiga mangsa itu mencetuskan persoalan apabila kilang berkenaan disahkan tidak beroperasi pada hari kejadian.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya bagaimana ketiga-tiga individu terbabit boleh berada di dalam premis terbabit ketika kebakaran berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN